Thursday, August 27, 2009

Merdeka

*Untuk kali ini, sempena menyambut kemerdekaan negara Malaysia yang ke 52, saya akan menulis di dalam Bahasa Melayu.

Merdeka secara amnya adalah bebas daripada cengkaman penjajah. Tetapi dalam erti kata sebenar, merdeka dapat ditafsirkan dari pelbagai perspektif dan sudut.

Merdeka pada tahun ini, saya sambut dengan memahami sebenar benarnya erti merdeka.

Jika dulu, menyanyikan lagu 31 Ogos hanya sekadar nyanyian, tetapi sekarang, saya sudah dapat menyelami jiwa lagu tersebut.


Jika dulu saya merasakan lagu Warisan itu sangat sedap untuk didengari, sekarang saya mendengar dengan mata hati.


Dahulu saya merasa selamat tinggal di Malaysia tercinta ini. Dahulu bagi saya biarlah orang politik bercakaran sesama mereka. Itu bukan urusan saya. Tapi sekarang, itu urusan saya. Saya kena ambil peduli kerana jika politik tidak stabil, pihak ketiga akan mengambil kesempatan ke atas kita. Kita akan jadi bangsa yang lemah dan mudah ditawan. Kemudian, kita akan dijajah semula. Mudah sahaja bunyinya bukan? Tetapi, siapa yang mahu semua itu berlaku?


Pasti ramai yang berpendapat, saya menulis begini kerana telah di'cuci' semasa Kursus Kenegaraan yang saya hadiri beberapa minggu yang lalu. Anda silap. Saya tidak dicuci, cuma saya telah disedarkan.

Kursus Kenegaraan bukanlah satu proses 'brainwash' seperti yang digembar-gemburkan. Bagi saya kursus tersebut lebih kepada perkongsian maklumat yang sepatutnya kita ketahui sebagai rakyat Malaysia. Pengalaman menghadiri kursus tersebut adalah sangat berharga dan sangat menarik.

Akhir kata, semoga kemerdekaan negara kita ini akan kekal selama-lamanya.

MERDEKA! MERKEDA! MERDEKA!

1 comment:

Anonymous said...

MERDEKA!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...