*this entry purposely written in Bahasa Melayu for reference kawan-kawan yang mungkin tak memahami Dialek Melayu Sarawak. :)
Itenary for trip to Pontianak
Transport pergi dan balik Kuching ->Pontianak -> Kuching : Bas EVA
Tempat Menginap: Hotel Kini, Pontianak
Tarikh: 28 Mei 2010 – 31 Mei 2010 (3 hari 2 malam)
1st day
28 Mei 2010
7am – bertolak dari Kuching ke Pontianak menggunakan Bas Eva. Perjalanan lebih kurang 7 jam termasuk berhenti rehat. Sila bawa bekalan makanan dan minuman yang mencukupi sebab takut kelaparan. Selalunya bila berhenti untuk makan tengahari, kita cuma order minuman dan makan bekal yang di bawa. tak berani nak makan.
5pm(waktu Malaysia)/4pm(waktu Indonesia)*-sampai di Pontianak. Check In di Hotel Kini. Masuk bilik, freshen up. Bilik adalah berdua. Nak tukar wang pun boleh kat kaunter hotel je. Tak perlu tukar banyak sangat kalau nak tukar awal, sebab selalunya rate di Pontianak lebih murah. Perlu ke tukar awal? Perlu sebab bila kita berhenti rehat nanti, kita kena order minuman kan? So bayaran adalah dalam rupiah.
*mungkin terdapat perubahan dari segi waktu ketibaan. Selepas ini waktu Indonesia akan digunakan, jam tak perlu set, tolak sejam je.
6pm(waktu Indonesia)-1st outing :
a)pergi ke kedai yang menjual simcard untuk mendapatkan nombor sementara. Sebab menggunakan simcard Indonesia adalah jauh lebih murah daripada menggunakan roaming. Setiap orang dinasihatkan membeli, senang nak call kalau kehilangan jejak. Nak call/SMS ke Malaysia pun murah, tp pastikan kod digunakan sebelum panggilan dibuat. Kalau tak silap kod tersebut adalah +80. *nanti saya check balik bila dah sampai sana.
b)lepas dapat simcard, kita pergi makan pulak. Italian Steak House. Boleh makan steamboat/Syabu Syabu or order mana2 menu yang berkenan di hati. Harga adalah murah kalau nak banding dengan harga makanan di restoren sekitar Kuching. Kita akan disajikan dengan ubi kayu rebus secara percuma sementara menunggu order sampai. Kalau dia x bagi, kena Tanya . Sedap, kena cuba.
c)bila dah kenyang dan masing-masing dah bertukar nombor telefon baru, tempat seterusnya adalah Matahari Mall yang terletak kira-kira 10 minit berjalan kaki. Sepanjang perjalanan ke Matahari Mall, terdapat sebuah tempat yang menjual barangan cenderahati Pontianak seperti keychain, tshirt dan macam-macam lagi. Tapi tengok-tengok je dulu, last day baru pergi beli. Dekat je pun. Di Matahari Mall, kita boleh melawat setiap aras dan shopping apa-apa yang patut. Kalau ada yang berkenan, beli je. Tapi kena ingat, esoknya kita akan pergi ke mall yang lebih besar iaitu Ayani Mega Mall. Tak payahlah nak berhabis sangat kat Matahari Mall nih. Balik macam mana? Jam 9pm waktu Indonesia, kita bertolak balik ke hotel.
9pm(waktu Indonesia)- – dah sampai kat bilik hotel. Freshen up lagi. Kalau yang dah penat travel seharian, silakan berehat. Bagi yang masih bersemangat, ini agendanya (sila pilih):
a) Lepak sambil mendengar alunan lagu yang didendangkan oleh penyanyi di Café Hotel sambil minum caffe latte or fruit juice. Nak makan lagi pun boleh. Atau
b) Mengasah bakat mendendangkan lagu di bilik karaoke. Charge yang dikenakan adalah mengikut bilik, tak kisah berapa ramai yang masuk. Bayaran dah lupa, tapi adalah sangat murah. Cuma drinks n food agak mahal.
3pm(waktu Indonesia)- atau lebih awal – balik bilik dan tidur. selesai satu hari.
2nd day
29 Mei 2010
8am(waktu Indonesia)-bersarapan di Hotel Kini. Café yang sama malam tadi.
9.30am(waktu Indonesia)-2nd outing: Outing kali ni adalah untuk melawat tempat-tempat yang menarik di Pontianak. Kita akan menggunakan kereta sewa hotel yang boleh disewa bersama pemandu dengan kadar mengikut jam. Arrangement dengan pihak Hotel saya akan buat. Bagi yang tidak berminat untuk membuat lawatan, boleh follow ketua rombongan bershopping terus. Tempat yang akan dilawati adalah seperti berikut: (susunan mungkin berubah mengikut nasihat pemandu)
a)Aloevera Centre (*30 minit)
b)Tugu Khatulistiwa (*30 minit)
c)Istana Kadriyah/Keraton (*1jam)
d)Betang:Rumah Panjang (*30 minit) – nak skip pun boleh
e)Alun-alun (*1 jam) – boleh naik bot menikmati pemandangan sekitar sungai Kapuas
f)Ayani Mega Mall (*unlimited time) – Ayani Mega Mall adalah sangat besar. Betul-betul sangat besar.
++makan-makan adalah bergantung dengan tempat berhenti. Cuma jangan makan di gerai tepi jalan. Jangan minum minuman berais. Air panas disarankan. Try Hot Lemon Tea.
++Balik dari Ayani Mega Mall – berehat di hotel. Nak jalan-jalan di sekitar kawasan hotel boleh, nak pergi café/karaoke sekali lagi pun boleh. Nak pergi spa and massage pun boleh. Semuanya murah-murah. Kalau lapar, kali ni cuba makan di café hotel pula. Sup buntut goreng adalah sangat sedap .
++satu lagi, kalau nak pergi ke pasar Flamboyan pun boleh cuba. Di pasar Flamboyan ni sangat banyak jualan buah-buahan. Odw ke pontianak dah boleh nampak ditepi-tepi jalan. Dengan mango dan sebagainya. sangat menggoda rasa.
++lepas tu tidur dan berehat untuk aktiviti hari terakhir keesokannya.
3rd day
30 Mei 2010
8am(waktu Indonesia)-bersarapan di Hotel Kini.
9am(waktu Indonesia)-3rd outing: Kali ni outing adalah disekitar hotel sahaja. Tak perlukan transport. Unless nak pergi ke lokasi lain seperti Ayani Mega Mall ke.
a) lawatan pertama pada hari ni adalah ke Pasar Sudirman – tempat yang ibu-ibu dan perempuan suka. Terdapat banyak variasi kain, telekung dan tudung yang dijual dengan harga murah. Ingat, kalau menawar, tawar separuh harga sebab selalunya memang mereka akan bagi. Kalau dia berkeras, guna taktik lama, bagitau nak cari tempat lain. Kalau tak bagi juga, memang itulah harga sebenar. Kat sini terdapat banyak kedai, silakan membeli belah sehingga penat. Selalunya setengah hari tak cukup. Naik balik ke bilik 2-3 kali nak hantar barang. Tambah-tambah lagi first timer. Lupa nak bagitau, Pashmina pun cantik-cantik kat sini. Kalau yang lelaki dah mula bosan, silakan merayau ke tempat lain dulu yea.
b)makan tengahari – di hotel je.
c)1pm kena checkout. Tapi boleh panjangkan tempoh penginapan dengan kadar bayaran separuh daripada harga bilik sebenar. Bayar je la. Kalau family or kawan-kawan, kongsi satu bilik dah cukup.
d)seterusnya pergi ke Gerai Cenderahati yang kita jumpa semasa 1st outing. Sila dapatkan barangan cenderahati/buah tangan di sini. Boleh beli Tshirt, lempok durian (yg femes), aloevera dan sebagainya. Lepas ya suruh sidaknya packing terus. Senang kit. Dicadangkan pergi ke kedai no 12. Ingat, kedai no 12.
e)lepas tu kita ke Kaisar – kaisar merupakan pasaraya. Selalunya melawat ke sini sebab nak pergi ke bakery. Sila beli bingka/kuih bakar yang dijual di dalam kotak. Bingka Ambon pun famous tapi saya tak suka sangat.
f) balik semula ke bilik, packing semua barang and check out dari bilik selepas bersiap sedia untuk balik.
g)check out dan simpan barang di lobby.
h) makan malam terakhir di Pontianak – disarankan makan malam di Italian steak house lagi sekali.
i) tunggu bas sehingga 10pm (waktu Indonesia) dan bertolak balik ke Kuching.
4th day
31 Mei 2010
6am(waktu Malaysia) – tiba di Border(Entikong)
*10am(waktu Malaysia) – sampai di terminal bas batu 3.
*mungkin awal sedikit.
++Jadual adalah kelihatan sangat padat, tapi jangan risau, kita akan alter mengikut kesesuaian.
Selamat Melancong kepada semua.
Rujukan lanjut boleh baca blog ni --> mcm menarik je.. http://tamasyatour.blogspot.com/
13 comments:
hye...
nak tanya la.. kat pontianak tu, bandar paling besar kat area mane ek?
pontianak tu mmg dah bandar dia...
pakej hotel ktk masa ya brapa owh? agak2 la brapa minimum budget mun pegi sia..
masa kmk pergi ya, pakej bas + hotel rm 200++ jak..sik sampei 300. pasal bajet, dalam 500 dah ok mun maok jalan2 jak.. mun nak shopping mbaklah banyak kit...mbak semua yg ada boleh juak..hehe... bila nak pergi tek? kinek belon pun dah murah.
makseh utk info ktk. x tauk gk bila mok pegi tp planning nang ada la. hehehe... tp buat masa tk dgr2 urg madah tgh ada krisis cya bnr ka? takut juak mok pegi mun tgh ada krisis cya...ada x balit klk. haha...:)
krisis apa oo? xda juak dgr pasal ya.. sbb beberapa kali kmk pergi, town n orang di sia rilek2 jak.. cuma traffic nya hectic la..
x juak mek tauk..tp dgr2 camya la. :)
Klau flight brapa hagra tiket dari Kuching k pontianak. Rasa maok jua pergi sinun. Apa dokumen yang perlu pergi sinun tek
Klau flight brapa hagra tiket dari Kuching k pontianak. Rasa maok jua pergi sinun. Apa dokumen yang perlu pergi sinun tek
flight kinek tok mun sik silap maswing dah xda gik..makei batavia jak...300++ pergi balit sik silap.
hai, nak tanya :
1. jarak dari hotel dgn perhentian bas ?
2. nak tukar duit kat pontianak, mcm mana? or kena tukar awal2?
tq for sharing :)
Duh...sorry, x perasan ada komen.
Sekarang ni perhentian bas dah kat tempat lain kot. Kalau dulu within walking distance jer. Tukar duit pula, boleh je tukar kat hotel or withdraw jer duit kat atm machine diorang
Assalam, nak tanyak. Dekat pasar sudirman sia byk pilihan beli kain lace kah sik?
Post a Comment