Sunday, August 22, 2010
Sunday, July 25, 2010
What Happen to me?
Buntu..aku buntu...sebab..terlalu banyak perkara mendesak sampei aku dah x tauk apa nak dipolah...
aku ada ptk, tp kerja di opis mcm x ok berik ruang untuk aku berPTK.
geram dah nyawa sendat2 mcm tok...
at last aku tdo jak sebab otak aku sarat...kehilangan keupayaan untuk menjalankan kerja yang sepatutnya...
sikkanlah aku defisit lagik kali tok..
tp sejujurnya mmg expectation urg yg kurang sabar membuat aku jadi haru biru....
org yg x plan menjadikan aku tunggang terbalit...
kesalahan dan kesilapan org terdahulu menjadikan aku yang memikul beban kesalahan...
arrrggggghhhhhh.....geram benar dah nyawa aku tok..tapi apakan daya...aku perlu bertahan..
perlu kuat....
so, untuk kesekian kalinya aku maok tdo..sbb aku xda choice...handy drive tinggal di office n aku xpat sambung kerja..
esok jakla..aku ok posa juak esok..semoga jalan aku lebih mudah...
amin.
Wednesday, July 14, 2010
Demam tp sik boleh melayan demam
Geram ada jak nyawa ai tok.....
dalam keadaan demam, aku perlu settle semua kerja...sik berik peluang langsung untuk aku rest...
ntahla..aku pun dah jadi confuse....
esok ada gik kerja...setiap hari adalah hari bekerja..
aku sik dpt berfikir dgn betul sbb ubat demam yang aku makan sedang bertindak....tp batok masih juak menyerang...palak aku sakit...heng ada juak kit...
adoyai...geram aku dgn org ya..tp xla geram gilak..lantaknyalah sia...janji aku polah apa yg org suruh..wpun kadang2 aku rasa wujudnya ketidakadilan, aku cuma mampu ngerepak dibelakang, blm ada mud gik aku mok counter attack org ya..tunggu aku sihat rohani dan jasmani kelak...siapnya...
okla..malas dah aku nak merapu...sebenarnya aku rindu dgn blog aku tok..hahahaha.....

Monday, June 14, 2010
Stress di atas paras normal
aku adalah sangat stress...otak aku rs mcm jem ajak...sik mampu berfikir dan memikir. sekaligus menyebabkan otak, hati dan perasaan menjadi sangat penat. aku sik tauk nak polah apa dah tok. level of stress aku dah melimpah ruah..kerja mmg byk gila...aku sik tauk nak mula nok ne dolok. aku suka busy...tp aku sik suka dirik aku yg xdpt handle kebusyan dan malar jak membiarkan kebusyan ya memonopoli hidup aku. malas aku nak molah paragraph..sak beserabut mcm otak n jiwa aku masa tok juak... ya Allah, tenangkanlah hati hamba mu ini. bantulah aku untuk berfikir dengan waras dan permudahkan aku untuk menyelesaikan segala tugasan yang telah diberikan. Amin....
Thursday, June 10, 2010
ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS??????
artikel yg sangat menarik...
ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS??????
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”
Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”
“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”
Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Wednesday, May 26, 2010
Ditimpa ke'busy'an
Ai rasa sangat busy lately...nang hari2 pun tired....
walau apapun, ai enjoy kerja yang dipolah ai..sikda gik rasa boring..cuma tired nya ditahap tertinggi...
kepercayaan orang - ai gunakan word kepercayaan orang supaya nampak menarik, terhadap dirik ai semakin bertambah, mun ada nada perasan dala ayat tok, harap dilupakan...bukan apa...hari tok tek dah bertambah sigek gik pengalaman dalam hidup ai..mempengerusikan AGM...haha...ada bran? and sekaligus menjadikan diri sendiri tercalon sebagai Ahli Lembaga Koperasi. Ai rasa dah cukup banyak tugas yang ai ada kinek tok..tp yalah..tanggungjawab dan amanah, mcm ne kt nak menolak?
cukup pasal kerja yg x pernah nak abis...
sebenarnya ai sangat busy n sementara menunggu kerja yg ai run siap...ai menulislah dolok dl blog tok.
in 2 days time ai akan berangkat ke pontianak...tp belum pun packing apa2 barang...busy weih...dats y hari tok ai nak settlekan apa2 kerja yang sempat disettle....
oklah..ai sebenarnya nak menulis pasal keboringan hati ai..tp sik sampei ke point ya...dah bercempera di angkasa raya.... mun ada masa klk ai menulis lagik..sambung kerja lok...daaaa

Friday, May 21, 2010
Itenary for trip to Pontianak
*this entry purposely written in Bahasa Melayu for reference kawan-kawan yang mungkin tak memahami Dialek Melayu Sarawak. :)
Itenary for trip to Pontianak
Transport pergi dan balik Kuching ->Pontianak -> Kuching : Bas EVA
Tempat Menginap: Hotel Kini, Pontianak
Tarikh: 28 Mei 2010 – 31 Mei 2010 (3 hari 2 malam)
1st day
28 Mei 2010
7am – bertolak dari Kuching ke Pontianak menggunakan Bas Eva. Perjalanan lebih kurang 7 jam termasuk berhenti rehat. Sila bawa bekalan makanan dan minuman yang mencukupi sebab takut kelaparan. Selalunya bila berhenti untuk makan tengahari, kita cuma order minuman dan makan bekal yang di bawa. tak berani nak makan.
5pm(waktu Malaysia)/4pm(waktu Indonesia)*-sampai di Pontianak. Check In di Hotel Kini. Masuk bilik, freshen up. Bilik adalah berdua. Nak tukar wang pun boleh kat kaunter hotel je. Tak perlu tukar banyak sangat kalau nak tukar awal, sebab selalunya rate di Pontianak lebih murah. Perlu ke tukar awal? Perlu sebab bila kita berhenti rehat nanti, kita kena order minuman kan? So bayaran adalah dalam rupiah.
*mungkin terdapat perubahan dari segi waktu ketibaan. Selepas ini waktu Indonesia akan digunakan, jam tak perlu set, tolak sejam je.
6pm(waktu Indonesia)-1st outing :
a)pergi ke kedai yang menjual simcard untuk mendapatkan nombor sementara. Sebab menggunakan simcard Indonesia adalah jauh lebih murah daripada menggunakan roaming. Setiap orang dinasihatkan membeli, senang nak call kalau kehilangan jejak. Nak call/SMS ke Malaysia pun murah, tp pastikan kod digunakan sebelum panggilan dibuat. Kalau tak silap kod tersebut adalah +80. *nanti saya check balik bila dah sampai sana.
b)lepas dapat simcard, kita pergi makan pulak. Italian Steak House. Boleh makan steamboat/Syabu Syabu or order mana2 menu yang berkenan di hati. Harga adalah murah kalau nak banding dengan harga makanan di restoren sekitar Kuching. Kita akan disajikan dengan ubi kayu rebus secara percuma sementara menunggu order sampai. Kalau dia x bagi, kena Tanya . Sedap, kena cuba.
c)bila dah kenyang dan masing-masing dah bertukar nombor telefon baru, tempat seterusnya adalah Matahari Mall yang terletak kira-kira 10 minit berjalan kaki. Sepanjang perjalanan ke Matahari Mall, terdapat sebuah tempat yang menjual barangan cenderahati Pontianak seperti keychain, tshirt dan macam-macam lagi. Tapi tengok-tengok je dulu, last day baru pergi beli. Dekat je pun. Di Matahari Mall, kita boleh melawat setiap aras dan shopping apa-apa yang patut. Kalau ada yang berkenan, beli je. Tapi kena ingat, esoknya kita akan pergi ke mall yang lebih besar iaitu Ayani Mega Mall. Tak payahlah nak berhabis sangat kat Matahari Mall nih. Balik macam mana? Jam 9pm waktu Indonesia, kita bertolak balik ke hotel.
9pm(waktu Indonesia)- – dah sampai kat bilik hotel. Freshen up lagi. Kalau yang dah penat travel seharian, silakan berehat. Bagi yang masih bersemangat, ini agendanya (sila pilih):
a) Lepak sambil mendengar alunan lagu yang didendangkan oleh penyanyi di Café Hotel sambil minum caffe latte or fruit juice. Nak makan lagi pun boleh. Atau
b) Mengasah bakat mendendangkan lagu di bilik karaoke. Charge yang dikenakan adalah mengikut bilik, tak kisah berapa ramai yang masuk. Bayaran dah lupa, tapi adalah sangat murah. Cuma drinks n food agak mahal.
3pm(waktu Indonesia)- atau lebih awal – balik bilik dan tidur. selesai satu hari.
2nd day
29 Mei 2010
8am(waktu Indonesia)-bersarapan di Hotel Kini. Café yang sama malam tadi.
9.30am(waktu Indonesia)-2nd outing: Outing kali ni adalah untuk melawat tempat-tempat yang menarik di Pontianak. Kita akan menggunakan kereta sewa hotel yang boleh disewa bersama pemandu dengan kadar mengikut jam. Arrangement dengan pihak Hotel saya akan buat. Bagi yang tidak berminat untuk membuat lawatan, boleh follow ketua rombongan bershopping terus. Tempat yang akan dilawati adalah seperti berikut: (susunan mungkin berubah mengikut nasihat pemandu)
a)Aloevera Centre (*30 minit)
b)Tugu Khatulistiwa (*30 minit)
c)Istana Kadriyah/Keraton (*1jam)
d)Betang:Rumah Panjang (*30 minit) – nak skip pun boleh
e)Alun-alun (*1 jam) – boleh naik bot menikmati pemandangan sekitar sungai Kapuas
f)Ayani Mega Mall (*unlimited time) – Ayani Mega Mall adalah sangat besar. Betul-betul sangat besar.
++makan-makan adalah bergantung dengan tempat berhenti. Cuma jangan makan di gerai tepi jalan. Jangan minum minuman berais. Air panas disarankan. Try Hot Lemon Tea.
++Balik dari Ayani Mega Mall – berehat di hotel. Nak jalan-jalan di sekitar kawasan hotel boleh, nak pergi café/karaoke sekali lagi pun boleh. Nak pergi spa and massage pun boleh. Semuanya murah-murah. Kalau lapar, kali ni cuba makan di café hotel pula. Sup buntut goreng adalah sangat sedap .
++satu lagi, kalau nak pergi ke pasar Flamboyan pun boleh cuba. Di pasar Flamboyan ni sangat banyak jualan buah-buahan. Odw ke pontianak dah boleh nampak ditepi-tepi jalan. Dengan mango dan sebagainya. sangat menggoda rasa.
++lepas tu tidur dan berehat untuk aktiviti hari terakhir keesokannya.
3rd day
30 Mei 2010
8am(waktu Indonesia)-bersarapan di Hotel Kini.
9am(waktu Indonesia)-3rd outing: Kali ni outing adalah disekitar hotel sahaja. Tak perlukan transport. Unless nak pergi ke lokasi lain seperti Ayani Mega Mall ke.
a) lawatan pertama pada hari ni adalah ke Pasar Sudirman – tempat yang ibu-ibu dan perempuan suka. Terdapat banyak variasi kain, telekung dan tudung yang dijual dengan harga murah. Ingat, kalau menawar, tawar separuh harga sebab selalunya memang mereka akan bagi. Kalau dia berkeras, guna taktik lama, bagitau nak cari tempat lain. Kalau tak bagi juga, memang itulah harga sebenar. Kat sini terdapat banyak kedai, silakan membeli belah sehingga penat. Selalunya setengah hari tak cukup. Naik balik ke bilik 2-3 kali nak hantar barang. Tambah-tambah lagi first timer. Lupa nak bagitau, Pashmina pun cantik-cantik kat sini. Kalau yang lelaki dah mula bosan, silakan merayau ke tempat lain dulu yea.
b)makan tengahari – di hotel je.
c)1pm kena checkout. Tapi boleh panjangkan tempoh penginapan dengan kadar bayaran separuh daripada harga bilik sebenar. Bayar je la. Kalau family or kawan-kawan, kongsi satu bilik dah cukup.
d)seterusnya pergi ke Gerai Cenderahati yang kita jumpa semasa 1st outing. Sila dapatkan barangan cenderahati/buah tangan di sini. Boleh beli Tshirt, lempok durian (yg femes), aloevera dan sebagainya. Lepas ya suruh sidaknya packing terus. Senang kit. Dicadangkan pergi ke kedai no 12. Ingat, kedai no 12.
e)lepas tu kita ke Kaisar – kaisar merupakan pasaraya. Selalunya melawat ke sini sebab nak pergi ke bakery. Sila beli bingka/kuih bakar yang dijual di dalam kotak. Bingka Ambon pun famous tapi saya tak suka sangat.
f) balik semula ke bilik, packing semua barang and check out dari bilik selepas bersiap sedia untuk balik.
g)check out dan simpan barang di lobby.
h) makan malam terakhir di Pontianak – disarankan makan malam di Italian steak house lagi sekali.
i) tunggu bas sehingga 10pm (waktu Indonesia) dan bertolak balik ke Kuching.
4th day
31 Mei 2010
6am(waktu Malaysia) – tiba di Border(Entikong)
*10am(waktu Malaysia) – sampai di terminal bas batu 3.
*mungkin awal sedikit.
++Jadual adalah kelihatan sangat padat, tapi jangan risau, kita akan alter mengikut kesesuaian.
Selamat Melancong kepada semua.
Rujukan lanjut boleh baca blog ni --> mcm menarik je.. http://tamasyatour.blogspot.com/

Subscribe to:
Posts (Atom)